Tuesday, October 11, 2011

good JOB agnes!

selamat malam sayang-sayang.
layan agnes meh! perfect dancing n video..
totally sharp!awesome!
teruja tengok video LUMPUH ni.
eh..suka hati ja aku ni translate noohhhhh.


aku yang agak ketinggalan nk tgk video ni
hahahah..
chowchinchau okeyh.

Monday, October 10, 2011

10 TANDA LELAKI BERSTATUS BAHAYA!


POSTO MAGHI! POSTO MAGHI..

1.Lelaki yang sering berkata “Abang memang sayangkan ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius.” Lelaki seperti ini berbahaya. Awas, lelaki seperti ini memang bahaya ia mungkin hanya ingin mempermainkan kamu dan kamu belum ada dalam kamus hidupnya.
2.Lelaki yang telefon atau SMS mengikut suka hati mereka sahaja.Apabila kamu perlukan dia, bayang pun tidak kelihatan.
3.Lelaki yang suka ajak ‘dating’ tapi bukan ‘dating’pun. Si dia mengajak kamu keluar kerana bosan dan tidak mempunyai kawan untuk berbual. Dia terlalu peramah dengan kamu sehinggakan kamu merasa diri kamu terlalu istimewa.
4.Lelaki yang sudah ada kekasih tetapi selalu telefon, sms dan berjumpa dengan kamu. Oh, ini lelaki yang paling bahaya!! Dan lelaki jenis ini memang ramai dan ada di mana-mana sahaja. Lelaki jenis ini apabila terkantoi dengan kekasih, mereka akan mengatakan kamu hanya kawan biasa sahaja. Tentu sakit hatikan! Lelaki jenis ini ternyata buaya tembaga yang tidak laku.
5.Lelaki yang sering berfikir semua perkara yang mereka lakukan betul. Aduh, pandangan kamu semuanya salah! Pandangan dan pendapat dia sahajalah yang betul. Mereka ini jenis pentingkan diri sendiri langsung tidak memikirkan perasaan orang lain, termasuklah perasaan kamu.
6.Lelaki yang sentisa ‘blur’ contohnya lelaki yang tidak faham kehendak wanita. Walaupun kamu sudah berterus-terasang tapi mereka hanya menganggap ia perkara remeh. Nampak sangat mereka tidak menjaga perasaan kamu.
7.Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri . Kalau mereka sendiri tidak faham kehendak hati mereka jangan harap mereka akan faham kehendak kamu.
8. Lelaki yang 24 jam hendak berkepit atau bersama kamu tanpa mengira keadaan. Jika tidak pun mereka akan sentiasa telefon, sms dan ingin berjumpa selalau. Awalanya mungkin kamu tidak kisah, namun lama-kelamaan pasti kamu akan rasa rimas dan lemas.
9.Lelaki yang suka mengutuk lelaki lain dengan harapan kamu tidak akan mendekati lelaki tersebut.Lelaki seperti ini kuat cemburu dan janganlah terkejut sekiranya lelaki ini tergolong dalan golongan lelaki yang mengada-ngada.
10.Lelaki yang tidak dapat memberi layanan yang baik dan betul kepada seorang wanita. Apa lagi yang kamu harap?? Buat seksa jiwa sahaja.Nampak sangat lelaki jenis ini sukar hendak membahagiakan kamu. Jadi carilah orang lain yang boleh membahagiakan kamu.
T-A-M-A-T :whistling: